Assalamualaikum,
Alhamdulillah, for now dah bekerjaya :P Kerja yang paling mudah di alam semesta lah aku rasa (k tipu je -.-) Haha. Mana daknya, duduk goyang kaki dari pukul 10 pagi sampai 6.30 petang. Sabtu ahad cuti. Gaji pun "keceot" je lah. Tapi still alhamdulillah sbb kerja kat sini ada commision. (macam tak bgtahu je lagi kerja apa?) Well kerja jadi agent TM je punnn u,u Bolehlah setakat 1 customer RM25, kalau 4 customer mau tak RM100 sehari :O Alaa paling-paling pun sehari 2 customer kira oklah kan? Alhamdulillah. Dalam seminggu yg lepas je baru dapat 4 customer, so total customer yg dah sign up dengan aku dari first mula kerja 18/2/2013 sehingga 28/2/2013 12.27p.m. campur tolak darab bahagi sin cos tan apa semua adalah 9 orang customer.
(haa agak-agak dah berapa $ aku dapat?) Haha. Itupun boss cakap commision aku akan naik kalau boleh dapat lebih dari 10 orang customer, mungkin naik dalam RM50 seorang. Wow wow wowww. Sebulan kalau boleh nak dapatkan 20 customer, boleh tak agak-agak? Insya-Allah. (never say never bak kata justin bibibibibibir) Tapi bukan senang woo nak attract pelanggan untuk sign uppp. Pernah sorang customer ni kena ceramah sejam dengan aku baru dia sign up (100 plus sebotol pun tak cukup hahaha)
Rasanya aku bekerjaya ni tak lama kot, maybe dalam sebulan? *kerjaya lah sangat puihhh haha* Tapi (major dak-dak-spm ambik-kerja-sebulan-je-sebab-masing-masing-nak-melepaskan-batuk-di-tangga-daripada-bangun-tidur-makan-bangun-tidur-makan=gemok (?) duduk-rumah) *amboi class gitu kau nyahhh* Tak pun sebab nak $ betul tak? Plus lagi ada tawaran felda untuk kursus bahasa inggeris 11/3 ni. Kursus tu 3 bulan. Rasanya macam nak pergi, al-maklumlah orang tak terror bi, present tense past tense pun tak reti beza -,- Kalau pergi, kerja aku ni acane pulak? Haih first word problem betul. Bila scroll up balik post ni dah macam essay pulokkk =,= Mesti kes excited noh sebab dah lama tak update blog -_-
So konklusinya,
(walaupun macam takde kena mengena konklusinya,
tapi. still. aku. nak. letak. jugak. k. bye. nak. sambung. cari. customer.)
Commision > Gaji

No comments:
Post a Comment
Speak me now.